Tuesday 6 September 2011

5 kESiLApan BerCInta

1. Bercinta kerana HARTA
= Tidak ada gunanya hidup dilimpahi harta, tetapi tanpa cinta. Harta datang dan pergi setiap saat. Cinta yang sesat dapat diperoleh setiap, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.

2. Bercinta kerana PERASAAN ASMARA
= Rasa tertarik dan simpati, yang merupakan asmara yang sering disalahertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan ujian. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.

3. Bercinta kerana RUPA
= Kecantikan luaran memang indah, tapi boleh luntur termakan usia. Oleh itu apa yang lebih penting adalah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan...

4. Bercinta kerana RASA KASIHAN
= Rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi sebagai dasar dalam percintaan. Kasihan boleh hilang serta merta, tetapi kasih tidak berkesudahan. Percintaan adalah kasih, bukan kasihan...

5. Bercinta kerana NAFSU
= Memang seks itu suci dan penting dalam hubungan suami isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama mencari pasangan. Seks hanyalah salah satu bahagian daripada perkahwinan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan sendiri yang diciptakannya sendiri.

No comments:

Post a Comment